SCAMMER kerrr, HACKER!!!

 

Assalamualaikum semua 🥰

Dah lama admin tak buka blog.. bukan tak nak buka, tak ingat langsung yang admin ada buat blog🤭

Hari ni terdetik di hati admin nak buat blog sendiri kat blogspot ni.. nasib baik guna email yang sama and dapat detect blog yang sudah lama bersarang tu.. haha..

Hari ini bertarikhkan...... Ehh! Tak payah details sangatlaa😁 huhu.. Hari ni, admin nak share pengalaman admin terkena dengan budak-budak scammer, dan juga hacker🤔 ada orang tanya, scammer dengan hacker bukannya sama ke.. lain sangat dik.. SCAMMER ni menipu orang, HACKER ni penggodam maklumat.. iyoo ke idok??? Betullah tu🤭 yang samanya dua benda ni memang suka menyusahkan hidup orang.. iyoo ke idokkk???

Haha.. Mari admin ceritakan kisah admin yang pernah terkena dua benda yang berbahaya ni..

Time tu, admin ada buat kerja online.. ada pelbagai kerja online yang admin buat masa tu.. biasalah nak cari rezeki, bukan tumpukan pada satu kerja je, rezeki Allah itu luas🤗 iyoo ke idokkk🤭 huhu.. sambil-sambil nak buat kerja tu, masuklah satu WhatsApp Business admin.. admin pun tengok.. yelah, bila rezeki tu datang, kita pun segera nak pancing🤭 admin tengok, dia siap beritahu nama dia dan katanya nak beli topup Digi RM50.. yes✌️ admin agent topup.. admin pun reply, bagi detail siap2 untuk buat pembayaran nak suruh dia transfer ke akaun..

Dia okay je time tu.. dia pun tunjuk resit kat admin (screenshot).. admin terkejut sekejap!!!😲 Bukan dia kata nak transfer RM50 ke, tapi kenapa RM100🤔 okay, tiberrr di situ🤭 suspen tak.. haha

Lepas tu, admin terus check kat akaun.. tengok punya tengok, asal angka ni tak naik2.. mencurigakan🤔 admin pun terus tanya kat dia, 'awak guna instant transfer atau IBG'.. padahal kat detail yang admin bagi tu sudah terang lagi bersuluh, siap double lagi perkataan tu.. Haaaaaa!!!! Yang ni korang kena ingat🧐 kalau ada orang nak transfer duit kat awak, suruh dia terus buat instant transfer tau.. okay, sambung kes admin tadi..

Katanya sudah buat instant transfer.. admin pun checklah lagi sekali, kot-kot silap admin sendiri ke.. dahlah pakai empat mata ni😅 check semula, masih tak juga naik angkanya.. admin sebenarnya tak suka nak fikir negatif-negatif ni, selalunya positif.. admin pun tunggu 5 minit.. sebab selalunya duit cepat je masuk.. yang dia ni, berderet WhatsApp, katanya 'service tak cekap, lambat nak masuk topup, kalau tahu macam ni tak payah transfer duit kat awak'.. admin bersabar je kat situ.. bukan masalah admin juga.. sebab duit yang dia transfer tu betul-betul tak masuk ke dalam akaun bank..

Kononnya, dia nak buat report.. admin pun balas 'silakan cik, saya pun boleh buat report, semua detail awak ada pada saya'.. terdiam juga 5 minit baru nak reply.. mulalah, dia bangkitkan isu yang dia adalah agent topup juga.. terkeluarlah pula yang RM100 yang dia transfer tu, itu adalah duit customer dia.. boleh pula dia salahkan admin🤬 maaf, admin tak suka mencarut, Hanya emoji je macam tu🤭

Nak disedapkan cerita, customer dia akan report admin punya Business number.. admin minta nombor telefon customer dia, biar admin sendiri yang settlekan dengan customer dia tu.. and then, dia boleh cakap😲 'awak tak payahlah nak ambil nombor dia, senang-senang awak nak curi customer saya'.. ehh ehh ehh... Ingat admin teringin sangat nak customer dia.. nampak sangat membongaknya di situ.. last2, admin pergi buat report pihak atasan (syarikat topup).. mereka dah check, tiada nama dan nombor pendaftar diterima dalam sistem kami.. dari awal admin rasa dia scammer, tapi admin nak teruskan juga perbualanny.. nak tahu je, macam mana dia nak cuba buat ayat dia tuuuu..

Yang paling kelakar, dia boleh reply 'see you in court'.. wowww!!! Speechless kejap di situ.. haha.. and dia reply lagi, 'saya dah ganti balik duit customer saya, sekarang ni urusan awak dengan tuhan'.. wowww!!! Admin speechless lagi.. power betul ayat kau, dikk.. korang pun boleh fikir kan.. kenapa dia minta admin suruh topupkan ke customer dia, sedangkan, dia sendiri terus bayar balik duit tu.. kat situ nampak jelas sangat yang dia tu scammer.. iyoo ker idokkk??? admin cuma reply, 'okay. Done. Yang awak dengan customer awak tu pun kena ingat juga tuhan'.. after that, admin terus screenshot perbualan kami tadi and terus tekan report di WhatsApp.. settle.. apa-apa yang berlaku, kita pun dah ada bukti.. kes ni, admin dah kena dua kali dengan nombor yang berbeza.. tapi, admin dah siap-siap simpan nombor telefon diorang tu.. senang nak detect..

Ehh!!! Panjang pula admin ceritanya.. huhu.. okay, yang hacker ni pula.. Allahu.. ni pun pasal topup.. disebabkan admin agent topup, dia boleh godam akaun topup admin.. means, dia tukar nombor admin yang sudah berdaftar dengan syarikat topup, nombor dia yang diletakkan di situ.. time tu, admin perasaan, admin nak masuk duit ke dalam akaun topup admin.. tengok-tengok, tertulis 'akaun anda telah dikunci'.. aikkk🤨 masa bila pula admin ada kunci dengan mangga ni.. okay, tiberrrrr di situ.. haha.. admin pun terus buat aduan kat pihak atasan (syarikat topup).. dia check, nombor telefon awak sudah ditukar dua hari lepas..

Admin peliklah.. mana ada admin tukar nombor telefon masa tu.. mencurigakan.. tapi, Alhamdulillah 🤲, admin dapat balik akaun topup admin tu.. sebab detail admin masih ada di dalam sistem dan masih lagi aktif.. aduhhh.. tak faham admin.. kenapalah suka sangat ambil jalan mudah.. admin nak mulakan sesuatu kerja pun dengan main susah lagi.. kau dik, senang-senang je nak rampas rezeki kami.. ingatlah dik, kau kat dunia ni tak lama pun, nanti mati juga.. mana tahu nanti mati terlentang, kita tak tahu kan..

Haa, tengok.. admin dah marah ni👿

Budak-budak zaman sekarang ni memang pandai sangat menipunya.. taulah dah pandai guna TEKNOLOGI, jangan sampaikan buat kerja yang MENJIJIKKAN macam ni.. duit yang korang guna tu, sememangnya Haram buat kamu yang suka SCAMMERRRR dan HACKERRRRRR ni.. tak berkat dik hidup kamu macam tu.. iyoo ker idokkk???

Okay, sampai di sini sahajalah admin membebel😅 harap korang pun kena berhati-hati dengan manusia di luar sana.. yang paling scary kat dalam bisnes online.. berwaspadalah..

Terima kasih semua. Sebelum tu👇👇👇


Mari kita amalkan "Doa Terhindar Daripada Penipuan".🤗

La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamd, yuhyii wa yumiitu, biyadihil khoir, wa huwa 'ala kulli syai'in qodir

Maksudnya,

" Tiada Tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah kekuasaan dan milik-Nya lah segala pujian. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan. Atasnya kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."


Assalamualaikum daripada Admin tercinta💞❤️

Comments